Faktor Penyebab Anak-Anak Tidak Fokus Kelas Atas Talian 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Faktor penyebab anak-anak tidak fokus kelas atas talian adalah disebabkan pelbagai faktor. Justeru itu, sebagai ibu bapa anda WAJIB fahami dan ketahui faktor penyebab anak tidak fokus kelas atas talian. Ianya bagi memudahkan lagi urusan ibu bapa dalam menilai taraf kefahaman anak-anak semasa kelas atas talian.

Faktor Penyebab Anak-Anak Tidak Fokus Kelas Atas Talian 2021

Antara faktor penyebab anak-anak tidak fokus kelas atas talian adalah disebabkan oleh:-

1) Kawasan pembelajaran yang tidak selesa

Faktor Penyebab

Kawasan pembelajaran memainkan peranan yang sangat PENTING dalam memberi ruang dan masa untuk anak-anak lebih fahami akan pembelajaran yang sedang dipelajarinya. Justeru itu, perkara PENTING semasa anak duduk kelas secara online adalah ibu bapa WAJIB menyediakan anak duduk dikawasan yang selesa seperti:-

  • Atas meja makan
  • Kawasan ruang tamu
  • Kawasan rumah yang boleh dipantau oleh ibu bapa
Info Tambahan :  11 Panduan Terbaik Untuk Skor dalam Biasiswa

PERHATIAN!!!

ELAKKAN anak-anak belajar di dalam bilik berseorangan kerana ditakuti mereka tidak fokus ketika kelas dimulakan. Pada masa yang sama ditakuti ibu bapa TIDAK boleh memantau aktiviti anak ketika berada berseorangan.

2) Kadar kelajuan internet yang perlahan 

Kadar kelajuan internet memainkan peranan yang sangat PENTING. Hal ini disebabkan kadar kelajuan internet mampu menarik minat pelajar atau anak-anak dalam menghadirkan diri dalam kelas secara atas talian.

Sekiranya kadar kelajuan internet perlahan maka kadar kebolehfahaman pelajar juga akan terganggu kerana kadar kelajaun internet yang mereka ada. Justeru itu, ibu bapa perlu pastikan kelajuan internet di rumah anda berada dallam tahap kelajuan yang memuaskan. 

3) Video atau kelas yang disediakan oleh para pendidik kurang menarik

Semasa kehadiran diri di dalam kelas atas talian ini para guru perlu lebih kreatif dalam memberi penerangan menerusi atas talian ini. Hal ini disebabkan kadar kebolehfahaman pelajar menerusi keas atas talian ini adalah sangat rendah berbanding dengan kelas secara bersemuka.

Justeru itu, para guru boleh mencuba untuk membuat kelas atas talian dengan lebih menarik dan ELAKKAN para guru membaca ketika menghadiri kelas secara atas talain.

Tips menjadikan kelas lebih menarik adalah seperti:-

  • Buat video yang mudah untuk anak murid fahami
  • Guna teknik pembelajaran yang menarik
  • Pendekatan cara penceritaan dan lebihkan perkongsian yang bermanfaat ketika di dalam kelas agar mereka menjadi motivated ketika hadiri kelas secara atas talian 
Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

4) TIADA pantau ibu bapa semasa kelas secara online dijalankan

Terkadang anak-anak tidak fokus ketika kelas atas talian kerana mereka TIDAK faham apa yang di ajarai oleh guru mereka. Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka WAJIB sentiasa pantau kelas secara online anak-anak.

Serkianya ada masa yang terluang tanya dengan anak apa yang mereka tidak faham agar mereka boleh berkongsi masalah dengan ibu bapa. 

“Anak BUKAN robot yang perlu belajar 24 jam maka pastikan anak ada masa untuk berehat selepas penat belajar agar mereka mampu fokus kelas secara atas talian”

5) TIADA masa Take 5 minit break setelah 1 jam kelas secara atas talian sedang berjalan

Faktor Penyebab

Take 5 minit break amat membantu untuk anak lebih fokus ketika berlajar tidak kira secara atas talian atau bersemuka. Hal ini adalah bertujuan bagi memberi anak ruang rehat yang mencukupi agar mereka mempunyai masa untuk bertenang dan fahami apa yang mereka sudah pelajari.

ELAKKAN memaksa anak melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak gemari agar anak boleh fokus dalam jangka masa yang lebih panjang. 

Guna didik TV untuk membantu anak mudah memahami Pelajaran yang diajari KLIK DISINI

TAHUKAH ANDA!!!

Kelas atas talian dan kelas secara bersemuka ini berbeza kerana kelas secara bersemuka mampu membuat para pendidik melihat reaksi anak murid sama ada faham atau tidak akan perkara yang diajari.

Berbeza dengan kelas atas talian, para guru sendiri tidak mampu untuk melihat sama ada anak murid mereka faham atau tidak akan apa yang diajari oleh mereka.

Justeru itu, bagi memastikan anak tidak hilang fokus ketika kelas secara atas talian ini dijalankan, ibu bapa sendiri perlu mengambil satu inisiatif agar anak fokus kembali di dalam kelas.

Hadirkan diri dalam setiap kelas anak-anak agar mereka mempunyai orang yang hendak mereka kongsikan masalah yang mereka sedang hadapi. Dengan cara itu mampu membuatkan diri mereka dihargai denagn lebih lagi berbanding dengan mereka berlajar berseorangan tanpa patuan ibu bapa. 

“Anak adalah anugerah dan amanah ALLAH maka jagalah mereka sebaiknya”

Faktor Penyebab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *