Kerja dan Kerjaya dalam Bidang Sains Sosial

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anda pasti sinonim dengan istilah sains sosial, tapi tahukah anda definisi sains sosial yang sebenarnya? Menurut A New Dictionary of Sociology ( Mitchell,1979) secara umumnya digunakan untuk sebarang bentuk pengajian yang berkaitan manusia dan masyarakat ( sumber: Wikipedia).

Kerja dan Kerjaya dalam Bidang Sains Sosial 1
SPA, tempat mohon kerja kerajaan

Bidang sains sosial merangkumi antropologi, ekonomi, linguistik, sosiologi, pendidikan dan komunikasi. Bidang ini agak popular dalam kalangan graduan yang baru sahaja tamat pengajian. Nak tahu apa prospek kerjaya untuk bidang sains sosial? Jom kita tengok satu persatu.

  1. Pegawai arkib

Antara tugas seorang pegawai arkib adalah   mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut. Apa yang menarik ialah anda boleh bekerja di Arkib Negara yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. 

2. Pegawai Antidadah

Sekiranya anda seorang yang tinggi semangat dan keazaman untuk membanteras dadah dalam kalangan masyarakat, kerja ini mungkin sesuai untuk anda. Anda akan bekerja di Agensi Antidadah Kebangsaan dan bertanggungjawab untuk membantu memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah, kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

3. Kurator

Info Tambahan :  Hubungan Karier: 6 Cara Menggunakan Media Sosial untuk 'Kabel'

Antara tugas seorang kurator ialah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.

4. Pegawai pembangunan masyarakat

Manakala, pegawai pembangunan masyarakat pula tugasnya adalah melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian. Sebagai contohnya, berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan melaksanakan urusan pentadbiran di tempat tersebut. Sekiranya anda berminat dengan program-program yang boleh membangunkan masyarakat kita, ya, inilah kerjaya yang patut anda pilih.

5. Pegawai Penyelidik Sosial

Bagi anda yang minat dengan bidang penyelidikan, kerjaya sebagai pegawai penyelidikan mungkin secocok dengan anda. Anda akan bekerja di bawah Kementerian Penerangan sekiranya terpilih bekerja  sebagai pegawai ini. Tugas utama ialah merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk kajian, pengutipan dan penganalisaan maklumat serta penilaiannya ke atas dasar-dasar dan program-program pembangunan negara.

6. Pegawai Komunikasi Strategik

Haa.. ini pula jawatan yang sangat penting kerana anda sebagai seorang pegawai komunikasi perlulah bertanggungjawab merancang, menganalisis isu-isu berkaitan dasar negara dan isu semasa, mempromosi dasar dan program kerajaan dan memantau isu berkenaan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog, portal dan sebagainya. Mesti ramai yang tertarik kan dengan jawatan ini? Lagi-lagi apabila tahu boleh online, tapi online yang ini online yang disertai dengan tanggungjawab lah..

Info Tambahan :  10 Industri Masa Hadapan di Malaysia yang Patut Diketahui

7. Pegawai Tadbir Diplomatik

Pegawai Tadbir Diplomatik pula tugasnya merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan atau tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa, hal ehwal luar negeri serta pengurusan teknologi maklumat.

8. Perancang Bahasa

Anda pernah dengar Dewan Bahasa dan Pustaka? Sebenarnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Sekiranya anda punya passion yang mendalam dengan bahasa Melayu, boleh pohon jawatan sebagai perancang bahasa dan anda akan bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tugas perancang bahasa:

  • Bertanggungjawab mendapatkan pengetahuan dan kemahiran tentang perancangan projek khususnya projek penerbitan yang merangkumi aspek penulisan, penterjemahan, penyuntingan, penyediaan manuskrip bersih, proses kerja pra penerbitan, pracetak dan pemasaran buku.
  • Bertanggungjawab menilai dan membuat laporan penilaian manuskrip untuk Jawatankuasa Penerbitan.
  • Bertanggungjawab terhadap segala pengurusan, pengawalan, pemantauan dan pelaksanaan projek yang dikendalikan.

Baik, jadi bagaimana? Sudah tahu pilihan anda? Semua jawatan yang disebutkan di sini anda boleh rujuk di laman web SPA. Untuk pengetahuan anda juga SPA merupakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dan anda boleh memohon jawatan di atas secara online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *