Pengenalan dan Pengajian Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Teknologi makmal perubatan merupakan satu program teknologi makmal pengajian dalam bidang ini akan  mengajar dan melatih pelajar dalam mendiagnosis dan pengawalan penyakit. Pelajar akan didedahkan dengan pengajian yang berbentuk moden dan berteknologi tinggi. Kerjaya dalam bidang ini memfokuskan kepada kajian dan penyelidikan yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis, penentuan punca penyakit cara kawalan dan penyembuhan penyakit.

Teknologi Makmal Perubatan
Teknologi Makmal Perubatan

MLT: medical laboratory technology merupakan bidang pengajian yang berkaitan dengan makmal, perubatan dan teknologi. Dalam bidang ini pelajar akan didedahkan dengan alat-alat teknologi canggih dalam makmal untuk mengkaji bahagian dari manusia yang sedang menjalani perubatan di mana-mana klinik atau hospital.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bijak dan pergengetahuan dalam bidang kemahiran dan akademik. sebagai contohnya  pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran klinikal di makmal-makmal yang mempunyai teknologi yang canggih di dalam makmal perubatan hospital. Selain daripada itu pelajar juga didedahkan dengan teknik-teknik pengurusan makmal yang terkini.

Info Tambahan :  LinkedIn Penting ke? 8 Cara Pasarkan diri di LinkedIn

Peluang Pekerjaan

Peluang pekerjaan dalam bidang ini adalah dalam bidang klinikal di klinik, hospital kerajaan ataupun swasta. Selain itu, mereka yang mengambil course ini juga berpeluang bekerja di makmal penyelidikan dan makmal perubatan. Biasanya kerja yang dilakukan adalah seperti menyelidik dan mendiognosan dan kawalan penyakit. garduasi dalam bidang ini akan berpeluang menjadi seorang juruteknologi makmal perubatan

Apa Tugas Pekerjaan Bidang Teknologi Makmal Perubatan

Dalam bidang ini mereka akan ditugaskan melakukan ujikaji di makmal-makmal perubatan. Selalunya, Juruteknologi makmal tidak akan berhubung secara langsung dengan pesakit tugasan mereka adalah berkisar mengenai ujian  dan analisis sampel yang diambil oleh doktor atau jururawat ataupun  pembantu perubatan. Selain daripada itu tugasnya adalah membantu kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.

Bagaimanakah Kesukaran Kerjanya?

Bekerja dalam bidang ini tidaklah sesusah mana namun begitu pekerjaan ini amat berisiko tinggi. Hal ini demikian kerana pengkaji makmal bertanggungjawab dalam memastikan ketepatan dalam hasil ujian makmal yang dilaksanakan. Pekerja dalam bidang ni perlulah teliti dalam mengendalikan segala bahan atau ujikaji yang dijalankan. Pekerja dalam bidang ini pastinya sudah biasa dengan bau darah, air kencing,kahak serta bahan- bahan yang berbau jadi disarankan jika tidak tahan dengan kerja seperti ini bolehlah berkerja dalam bidang lain.

Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Berapa Tahun Belajar Dalam Pengajian Ini?

Secara keseluruhannya pengajian dalam bidang ini adalah selama tiga tahun . terdapat banyak pengajian yang menawarkan pengajian daam bidang ini. Dari  segi kelayakan pula pelajar seharusnya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (  SPM ) dan lulus dalam 6 matapelajaran termasuk dalam mata pelajaran Bahasa melayu, matematik, sains dan sains tulen. Selain daripada ini kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini perlulah mempunyai kesihatan mental dan fizikal yan  kuat serta tidak mengalami sebarang kecacatan tubuh badan ekoran kesukaran dalam mengendalikan bahan-bahan yang berbahaya dalam makmal.

Secara keseluruhannya, bidang ini merupakan bidang yang mencabar oleh itu minat yang mendalam dalm bidang ini perlulah ada dan yang paling penting ketahanan tubuh yang tinggi. Oleh itu pengajian dalam bidang adalah menarik dan  mencabar sesuai bagi mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam teknologi sains.

 

One thought on “Pengenalan dan Pengajian Diploma Teknologi Makmal Perubatan

  1. Assalamualaikum..thanks for this information..sy nk thu berapa anggaran gaji kalau kerja dlm bidang ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *