Pengambilan Tentera Darat 2017

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengambilan Tentera Darat 2017 1
Pengambilan Tentera

Satu pengambilan tentera darat 2017 dibuka kini dan ianya masih sempat untuk dimohon.  Tentera Darat Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Perajurit Muda Lelaki, Wanita TD dan Pemilihan Calon Wanita Kor Agama Angkatan Tentera Siri 183/43 Tahun 2017. Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Syarat-syarat Lantikan adalah seperti berikut :

Kelayakan Akademik ( Lelaki )

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek MATEMATIK/ SAINS/ BAHASA INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas.
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104 dan salah satu subjek MATEMATIK/ SAINS/ BAHASA INGGERIS. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.
  • Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.
  • Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).
Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan

Kelayakan Akademik ( wanita )

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 ke atas.
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104, subjek MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS.
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU peringkat SPM (KAGAT).
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (KAGAT).
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.
  • Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN/ TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.
  • Diploma Pelbagai Bidang dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM)

Lain-lain Kelayakan

Pengambilan Tentera Darat
Pengambilan Tentera Darat

Pengambilan Tentera Darat 2017 2

Dokumen yang diperlukan :

  • Kad Pengenalan (MY KAD).
  • Sijil Kelahiran Pemohon.
  • Sijil SPM/SVM (bersama transkrip).
  • Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  • Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
  • Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  • Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia – sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Sijil Berhenti Sekolah.
  • Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik. (Kriteria Tambahan)
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  • Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
  • Sekeping gambar terkini berukuran passport.
Info Tambahan :  YAE! 2023: Permohonan Keusahawanan Untuk Anak Seni

Cara Mohon

  • Pemohonan boleh dilaksanakan melalui laman sesawang Jom Masuk Tentera

http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/

ATAU

  • Pemohon boleh menghantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan di atas sebanyak 2 salinan melalui Pos ke alamat:

SEL PENGAMBILAN

PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT

CAWANGAN SUMBER MANUSIA,

MARKAS TENTERA DARAT 2

WISMA PERTAHANAN,

JALAN PADANG TEMBAK

50634 KUALA LUMPUR

  • Borang permohonan boleh dicetak melalui Laman Sesawang Portal Tentera Darat

http://army.mod.gov.my/permohonan

  • PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPROSES KE PERINGKAT SETERUSNYA
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 20 JANUARI 2017.
  • SEMAKAN STATUS PERMOHONAN OLEH PEMOHON BERMULA PADA 25 JANUARI 2017 DI LAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:

Jom Masuk Tentera

http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA

Portal Tentera Darat

http://army.mod.gov.my/akhir

  • Sebarang pertanyaan boleh hubungi cawangan ini di talian seperti berikut:- Tel: 03-2071 4258/2197/4254

Info lanjut Permohonan rujuk Iklan penuh ( Maklumat lanjut )

p/s Semoga permohonan anda berjaya.

5 thoughts on “Pengambilan Tentera Darat 2017

  1. Memohon jadual utk temuduga perajurit muda tahun 2017 di Sabah.Anak Kakak saya amat berminat dlm bidang ini

    1. Saya berminat masuk tentera darat…
      Tapi kalau result SPM saya tak kepujian
      MACAM MANA AGAK2 BOLEH KE SAYA MASUK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *