Kerjaya dalam Bidang Sains (Forensik) 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kerjaya dalam Bidang Sains (Forensik) ini luas. Justeru itu, anda perlu mengetahui dahulu apa itu bidang Sains (Forensik) ? Sains Forensik adalah satu bidang sains yang menjalankan kajian ke atas penyiasatan jenayah dengan menggunkan ilmu sains.

Ilmu bidang Sains (Forensik) di dalam penyiasatan adalah termasuk:-

  • Kimia
  • Biologi
  • Fizik
  • Teknologi Maklumat

Matlamat UTAMA, sains Forensik ini adalah untuk mencari kenyataan di sebalik sesuatu kes. Ianya bagi memastikan setiap kes jenayah mempunyai solusi yang tersendiri dalam menyelesaikannya.

Bidang kerjaya dalam Bidang Sains (Forensik) ini luas, tetapi terdapat pelbagai liku semasa anda ingin menamatkan pengajian anda di dalam bidang ini. Justeru itu, setiap calon lepasan STPM dan setaraf DINASIHATI untuk memastikan anda memilih bidang ini kerana minat BUKAN paksaan. Hal ini disebabkan, bidang ini sangat seronok untuk dipelajari tetapi pembelajarannya sangat susah. 

***PASTIKAN ADA MINAT BARU BOLEH MEMOHON BIDANG INI***

Kerjaya Dalam Bidang Sains (Forensik) 2021

Terdapat pelbagai pecahan kerjaya dalam bidang kerjaya Sains (Forensik) ini. Antara bidang kerjaya dalam bidang Sains (Forensik) adalah :-

1) Pegawai Sains (Forensik)

Kerjaya dalam Bidang Sains (Forensik)

Menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), pegawai Sains (Forensik) ini adalah kategori Pegawai Sains Gred C41. Mereka akan diletakkan di bawah kumpulan Pengurusan dan profesional. Tangga gaji bagi Pegawai Sains (Forensik) bermula dari RM2,317.00 sehingga RM9,620.00 (BERGANTUNG kepada jawatan).

Tugas Pegawai Sains (Forensik) adalah merangkumi aspek pengendalian:-

  • Spesimen medikolegal,
  • Analisa spesimen medikolegal
  • Pengurusan makmal forensik.
Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Kelayakan asas menjadi seorang Pegawai Sains (Forensik) adalah memiliki sekurang-kurangnya:-

  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Forensik)
  • Ijazah Sarjaan Muda Sains Forensik (kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia (Analisis Kimia Forensik)

2) Forensik Antropologi

Kerjaya dalam bidang Sains (Forensik)
Ihsan Gambar daripada portal Rasmi Myhealth

Foresnik adalah perkara yang bersangkut paut dengan mahkamah perundangan atau dengan perkataan yang lebih mudah adalah orang biasa. Manakala, antropologi pula adalah kajian terhadap manusia dari zaman dahulu sehingga zaman sekarang.

Forensik Antropologi merupakkan satu cabang daripada Antropologi Fizikal dengan perbezaan kritikalnya. Mereka lebih tertumpu kepada pemeriksaan dan pengkajian ke atas rangka manusia pada zaman moden. Dalam erti kata yang lebih mudah, Forensik Antropologi merupakan salah satu pecahan kerjaya Forensik yang melibatkan penyiasatan kes polis yang membabitkan tulang temulang manusia yang moden. 

PERINGATAN!!!

Penyiasatan kes kematian akan menjadi sukar sekiranya jasad yang diterima adalah dalam keadaan mereput, separa reput, tulang rangka sepenuhnya atau dalam bentuk serpihan tulang. Di dalam situasi ini, penemuan sebab dan cara kematian akan menjadi lebih rumit. Hal ini disebabkan tiada organ atau tisu untuk diperiksa.

Kerjaya dalam bidang Sains (Forensik)
Insan Gambar daripada pexel free picture

Kepentingan Antropologi Forensik dalam penyiasatan adalah bagi:-

  • Bagi menentukan sebab kematian dan cara kematian tulang temulang
  • Untuk mengenalpasti identiti tulang temulang 
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

3) Forensik Arkeologi

Arkeologi merupakan satu bidang kajian yang melibatkan penganlisaan barang pemburuan, peralatan memasak, senjata dan lain-lain serta mengkaji arkitek persekitaran dan lanskap persekitaran mereka. Foresnik Arkeologi lebih tertumpu kepada mengkaji penggunaan barang yang digunakaan sebagai senjata dalam sesuatu kes.

Justeru itu, Forensik Antropologi dan Forensik Arkeologi sentiasa berkait rapat antara satu sama lain dalam menyelesaikan sesuatu kes jenayah TERUTAMANYA yang melibatkan pembunuhan. 

TAHUKAH ANDA!!!

Terdapat beberapa jenis bahan bukti dalam penyesiatan yang melibatkan forensik. Antara bahan bukti penting dalam penyiasatan adalah bukti dari segi :-

  • Biologi (darah, air liur, semen, urin dll)
  • Fizikal (senjata api, luka akibat pisau, kaca, serpihan, cap jari dll)
  • Kimia (dadah, ubat-ubatan, produk, bahan api, pelincir, bahan pembakar dll)

Semua jenis bahan bukti ini PENTING semasa perbicaraan di dalam makamah. Justeru itu, ahli sains forensik WAJIB mempunyai bahan bukti ini bagi memastikan dakwaan yang dibuat tepat.

Sekarang para calon yang sedang memikirkan bidang yang anda mahu ceburi. Salah satu bidang yang sukar tetapi menyeronokan adalah cabang bidang dalam sains Forensik. Hal ini disebabkan, di dalam bidang ini anda dapat mempelajari pelbagai pecahan keadaan dan situsai untuk menyelesaikan sesuatu kes. Walaubagaimana sekalipun, BUKAN semua pelajar Forensik akan melibatkan diri dalam bidang penyelesaian jenayah.

Terdapat juga pelajar sains Forensik yang melibatkan diri dalam makmal kajian atau pendidikan (Pensyarah). Justeru itu, diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membuka mata para pelajar atau calon bidang apakah yang menjadi pilihan hati bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi. 

***PILIHLAH BIDANG YANG BENAR-BENAR ANDA SUKAI AGAR LEBIH MEMUDAHKAN ANDA MEMAHAMI APA YANG DIPELAJARINYA***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *