5 Kelebihan Jurusan Kemanusiaan Tingkatan 6

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Jurusan Kemanusiaan
Jurusan Kemanusiaan

Persekolah tingkatan 6 telah bermula, namun demikian masih ada yang keliru berkaitan jurusan kemanusiaan yang ditawarkan atau dipilih oleh pelajar. Sebenarnya kekliruan ini mungkin terjadi kerana hadirnya tawaran lain yang perlu pilihan dan dibuat perbandingan. Oleh kerana konflik memilih tawaran ini memerlukan lebih informasi berkaitan jurusan-jurusan yang ditawarkan di tingkatan 6. Secara umum, aliran popular ditawarkan di tingkatan 6 terbahagi kepada 2 aliran iaitu :

  • Aliran Sains
  • Aliran Kemanusiaan

Dibawah kami sediakan 5 kelebihan jurusan kemanusiaan untuk pertimbangan masing-masing dalam membuat keputusan.

Kelebihan Jurusan Kemanusiaan

Banyak pilihan jurusan di universiti

Memilih untuk ke bidang kemanusiaan juga merupakan pilihan baik kerana ada banyak pilihan berkaitan jurusan ini di pengajian tinggi. Hal ini kerana kebanyakan kursus tidak kira di fakulti bahasa, kemanusiaan, ekonomi, undang-undang mempuyai banyak pecahan-pecahan kursus lain. Selain itu bidang kemanusiaan ini lebih kepada pengurusan manusia yang mana ia banyak juga permintaan di sektor pekerjaan.

Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

Lebih mudah bagi yang minat penulisan, menghafal

Jurusan kemanusiaan ini akan lebih mudah dipelajari bagi mereka yang mahir dan minat mengarang, menulis dan mengahafal. Kebanyakan penuntut yang berjaya dalam bidang ini ialah mereka yang pandai menghuraikan fakta yang dipelajari menyebabkan markah tinggi dalam setiap peperiksaan. Bagi yang mahir mengarang pastinya menjadi kelebihan pada anda.

Boleh mohon bidang sastera, kemanusiaan, perdagangan, undang-undang, psikologi, kaunseling

Seperti mana jurusan sains, jurusan kemanusiaan juga terbahagi kepada beberapa bidang lain yang boleh anda mohon. Pelajar jurusan kemanusiaan tidak semestinya boleh memohon di fakulti kemanusiaan dan sastera sahaja, pelajar jurusan kemanusiaan yang mengambil subjek tertentu seperti ekonomi berpeluang untuk masuk ke kursus perniagaan, ekonomi, pemasaran dan sebagainya. Selain itujurusan kemanusiaan yang cemerlang pengajian am dan sejarah juga mendapat kelebihan untuk diterima ke bidang undang-undang apabila memohon universiti kelak.

Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Kos pengajian lebih murah di universiti

Jika ikut perbandingan, secara purata kos pengajian jurusan kemanusiaan adalah lebih rendah berbanding jurusan sains. Hal ini kerana pengajian jurusan kemanusiaan tidak banyak menggunakan instrumen praktikal dan uji kaji. Kebiasaanya kos yuran pengajian aliran kemanusiaan adalah lebih murah RM 500-1000 per semester berbanding jurusan sains.

Kebanyakan rujukan pengajian dalam BM

Memang tidak dapat dinafikan aliran kemanusiaan lebih cenderung rujukannya dalam Bahasa Melayu. Hal ini memberi kelebihan kepada pelajar yang sederhana dalam MUET. Buku-buku rujukan kebanyakan dalam bahasa melayu mudah didapati di perpusatakaan ataupun dibeli. Berbanding jurusan sains kebanyakan rujukan dalam bahasa inggeris kerana kajian kebanyakannya dari barat dan universal. Namun demikian, ada juga bidang dalam jurusan kemanusiaan yang cenderung dalam bahasa inggeris seperti ekonomi, perniagaan, psikologi dan undang-undang.

Apakah pilihan anda?

Sebenarnya pilihan yang tepat adalah mengikut kemampuan pendidikan anda. Sekiranya anda hebat dalam Bahasa Inggeris, mengira dan sains sebaiknya memilih jurusan Sains. Jika anda sederhana dalam sains dan cemerlang dalam Bahasa Melayu sebaiknya memilih ke jurusan kemanusiaan. Kebolehan yang anda ada itu juga perlu disesuaikan dengan minat dan azam anda, keselarian kesemua komponen ini dapat membantu anda cemerlang dalam apa jua jurusan yang anda pilih seterusnya membuka peluang cerah untuk anda berjaya.

2 thoughts on “5 Kelebihan Jurusan Kemanusiaan Tingkatan 6

  1. saya ada soalan.Jika pelajar yang dulunya sewaktu sekolah menengah mengambil aliran sains dan ingin mengambil jurusan kemanusiaan dalam tingkatan 6.Adakah pelajar tersebut akan mendapat sesukaran dalam mempelajari subjek dalam jurusan tersebut kerana dia tidak mempunyai asas dalam subjek tersebut?

  2. terima kasih atas pencerahan yang diberikan… tetapi saya ada soalan mengenai sambungan pelajaran ke luar negara apabila sudah tamat peringkat STPM.Jika kita mengambil aliran kemanusiaan dengan subjek…BM,P.AM,PENG.PERNIAGAAN dan SEJARAH…adakah kita masih layak untuk menyambung bidang psychology di luar negara seperti Australia hanya dengan kelayakan MUET untuk bahasa inggeris.Dan apakah contoh2 biasiswa yang patut dimohon?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *